Berita Terkini

Tarikh Dikeluarkan: 17/07/2026 09:22 PM

PRN N. Sembilan: Presiden MPM Galas Cabaran Di DUN Seri Menanti

PRN N. Sembilan: Presiden MPM Galas Cabaran Di DUN Seri Menanti
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin

NILAI, 17 Julai (Bernama) -- Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin disenaraikan antara 24 calon Bersatu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Kanu Negeri Sembilan (NESCA) menggalas cabaran parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Menanti.

Pengumuman berkenaan dibuat Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Perisytiharan Calon Bersatu bagi PRN Negeri Sembilan di Dewan Aminah Hamid hari ini.  

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Negeri Sembilan pada Sabtu ini, diikuti pengundian awal 28 Julai dan hari pengundian pada 1 Ogos.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9.

-- BERNAMA