Berita Terkini
Bersatu Pertaruh 24 Calon Pada PRN Negeri Sembilan
NILAI, 17 Julai (Bernama) -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan senarai 24 calon, termasuk dua daripada Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) yang akan bertanding menggunakan logo Bersatu.
Kesemua calon diumumkan oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Perisytiharan Calon Bersatu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Dewan Aminah Hamid di sini petang ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon PRN Negeri Sembilan pada Sabtu ini, diikuti pengundian awal pada 28 Julai dan hari pengundian pada 1 Ogos.
Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9.
Senarai calon Bersatu adalah seperti yang berikut:
- N02 Pertang: Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus
- N03 Sungai Lui: Nazrul Hisham Abdul Mansor
- N04 Klawang: Muhammad Adib Musa
- N05 Serting: Muhammad Noraffendy Mohd Salleh @ Affendy Salleh
- N06 Palong: Rebin Birham
- N07 Jeram Padang: Sri Sanjeevan Ramakrishnan
- N09 Lenggeng: Zool Amali Hussin
- N10 Nilai: Datuk V. Saravana Kumar
- N12 Temiang: Fazly Hamid
- N13 Sikamat: Datuk Tun Faisal Ismail Aziz
- N14 Ampangan: Noor Azah Harun
- N15 Juasseh: Mohd Zuhaimi Md Yusof
- N16 Seri Menanti: Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharidin
- N17 Senaling: Mohd Izaffi Istear Khan
- N20 Labu: Mohamad Hanifah Abu Baker
- N22 Rahang: Tang Jay Son
- N23 Mambau: Sarawanan Nagayah (Urimai)
- N24 Seremban Jaya: Mahendran Ramasamy (Urimai)
- N25 Paroi: Mohd Nazree Mohd Yunos
- N28 Kota: Akmal Noradzmi Abd Rahim
- N31 Bagan Pinang: Sheikh Junaidy
- N32 Linggi: Datuk Zamri Md Said
- N33 Sri Tanjung: Leevineshwaraan Murugan
- N34 Gemas: Zolazrai Zolkapli
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- PRN NS: Polis Terima 87 Laporan, 23 Kertas Siasatan Dibuka
- PRN Negeri Sembilan: SPRM Terima Empat Laporan
- PRN NS: Cuaca Diramal Baik Sebelah Pagi, Hujan Dan Ribut Petir Petang Esok
- PRN NS: Aminuddin Yakin Rekod Pentadbiran Mampu Yakinkan Pengundi Di Linggi
- PRN Negeri Sembilan: Tirai Kempen Berlabuh, Pengundi Tentukan Kerajaan Negeri Esok