Berita Terkini

Tarikh Dikeluarkan: 17/07/2026 03:23 PM

Tuanku Muhriz Tunai Solat Jumaat Di Masjid Kariah Pantai Seremban

Tuanku Muhriz Tunai Solat Jumaat Di Masjid Kariah Pantai Seremban
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (tengah) berkenan bersalaman dengan orang ramai selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Pantai, hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

SEREMBAN,17 Julai (Bernama) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Pantai hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi kedua-dua anakanda, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin serta Tunku Zain Al-’Abidin.

Hadir sama Undang Luak Sungei Ujong Datuk Klana Petra Muhammad Faris Johari dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Terdahulu, Imam Masjid Kariah Pantai Amru Zubair Abu Hanifah menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk "Ancaman Akidah Masa Kini".

Selesai menunaikan solat Jumaat Tuanku Muhriz dan kedua-dua anakanda beramah mesra dengan para jemaah sambil memberi sumbangan kepada kanak-kanak yang hadir bersolat Jumaat.

Lebih 500 rakyat jelata hadir bersama-sama menunaikan solat Jumaat dengan baginda.

-- BERNAMA