Berita
Kemaskini: 08/11/2026 01:33 PM
Ribut Petir Diramal Landa Lima Negeri Hingga 3 Petang - MetMalaysia
KUALA LUMPUR 8 Nov (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di lima negeri hingga 3 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Johor dan Melaka.
Di Sabah, kawasan terlibat ialah Pantai Barat dan Pedalaman merangkumi Keningau, Pensiangan, Tambunan dan Sook, Kudat, Sandakan (Paitan, Labuk dan Sugut, Sandakan, Tongod dan Telupid) dan Tawau (Kalabakan dan Tawau).
Cuaca sama turut diramalkan melanda beberapa kawasan di Pahang iaitu Temerloh, Pulau Tioman, Bera dan Rompin, serta Negeri Sembilan yang melibatkan daerah Jempol, Tampin, Seremban, Rembau dan Kuala Pilah.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita berkaitan
- Trump Beri Bayangan Tidak Sokong Calon Republikan Pada Pilihan Raya Presiden 2028
- GPS Siap Siaga Hadapi PRN Sarawak - Fadillah
- Proses Pengundian Pilihan Raya Umum New Zealand Bermula
- 2,867 Pegawai, Anggota Polis Johor Siap Siaga Hadapi MTL
- Kerajaan Teliti Implikasi Perkembangan Politik AS Terhadap Malaysia - Anwar