Berita

Kemaskini: 04/10/2026 10:39 AM

Tujuh Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 9 Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Tujuh kawasan, masing-masing enam di Johor dan satu di Sarawak, merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Samarahan di Sarawak mencatat bacaan 152.

Di Johor, kawasan terlibat ialah Batu Pahat dengan bacaan 156, Segamat (154), Kluang dan Tangkak (152), Larkin (148) serta Pasir Gudang (126).

Sementara itu, 57 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala tiga kawasan berada pada tahap baik, iaitu Sandakan, Sabah (45), Langkawi, Kedah (37) dan Kangar, Perlis (32).

Bacaan IPU bagi stesen Kota Kinabalu, Sabah pula tidak tersedia pada waktu berkenaan.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya).

-- BERNAMA