Berita
Empat Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 6 Petang
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Empat kawasan di Johor dan Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 6 petang ini.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 155 diikuti Larkin (152), kedua-duanya di Johor.
Dua kawasan di Sarawak yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah IPD Serian (128) dan Sri Aman (112).
Sementara itu, 60 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala tiga berada pada tahap baik iaitu Taiping di Perak (49), Langkawi di Kedah (41) dan Kangar di Perlis (32).
Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya).
-- BERNAMA