Berita
Kemaskini: 16/01/2026 09:48 AM
Ribut Petir Dijangka Melanda Selangor, Sabah, Sarawak Dan Labuan Sehingga 12 Tengah Hari
-- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Selangor, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 12 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran itu meliputi beberapa kawasan di Selangor termasuk Sabak Bernam dan Kuala Selangor serta Limbang (Lawas) di Sarawak.
Amaran cuaca yang sama turut melibatkan beberapa kawasan di Sabah termasuk di pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) serta pantai barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita berkaitan
- 35,000 Mahasiswa Sabah Dijangka Terima Manfaat Subsidi Tiket Penerbangan
- Saingan Sengit 'Borneo Derby', Sabah FC Tekad Buru Kemenangan
- Education, Health Issues Discussed At MA63 Technical Committee Meeting - Fadillah
- Mesyuarat MTPMA63: Isu Pendidikan, Kesihatan Antara Dibincangkan - Fadillah
- Pencawang Baharu Beri Penduduk Kampung Takis Bekalan Elektrik Lebih Stabil - Armizan