Istiadat angkat sumpah Menteri Persekutuan dijadualkan 2.30 petang esok- sumberĀ  | Agong seru rakyat berdoa ikut fahaman masing-masing agar konflik rejim Zionis Israel-Palestin dapat dihentikan segera | Agong seru rakyat berdoa ikut fahaman masing-masing agar konflik rejim Zionis Israel-Palestin dapat dihentikan segera | Agong sokong pendirian Kerajaan Malaysia bantah, kecam tindakan veto Amerika Syarikat tolak resolusi UNSC bagi gencatan senjata rejim Zionis Israel dan Palestin | Agong seru umat Islam adakan solat hajat, doa selamat di masjid, surau dan kediaman pohon kesejahteraan rakyat Palestin | 

BN SABAH SEDIA JIKA PILIHAN RAYA NEGERI DIADAKAN LEBIH AWAL - BUNG MOKTAR

Datuk Seri Bung Moktar Radin

18/11/2023 10:53 PM

KOTA KINABALU, 18 Nov (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 sekiranya ia diadakan lebih awal, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu juga berkata pihaknya telah melakukan persediaan di setiap peringkat terutama yang melibatkan koordinasi dan kerjasama dengan parti komponen iaitu UMNO, MIC, MCA serta Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

“Sekiranya terdapat sebarang kemungkinan dalam waktu terdekat, pada pertengahan atau akhir tahun ini PRN diadakan, jentera UMNO dan BN sentiasa bersiap siaga. Isu pembangunan, kebajikan dan kos sara hidup rakyat akan terus diperjuang,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang tidak menolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan meskipun pentadbiran kerajaan negeri ketika ini tamat pada Oktober 2025 ketika menjawab soalan wartawan pada Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah Isnin lepas.

Bung Moktar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag, juga berkata BN Sabah akan menjalin kerjasama dengan parti yang menghormati perjanjian bersama.

“Kita juga akan melihat rakan-rakan yang ada kesetiaan dan keikhlasan dalam melaksana tanggungjawab sebagai gandingan untuk memperjuang untung nasib rakyat Sabah.

"Kita tidak mahu lagi krisis dalaman yang mengganggu usaha membangunkan Sabah,” katanya sambil menambah beliau tidak menolak kerjasama dengan Parti Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat pada PRN Sabah namun menyifatkan perkara itu masih terlalu awal untuk diperkatakan.

-- BERNAMA