Istiadat angkat sumpah Menteri Persekutuan dijadualkan 2.30 petang esok- sumberĀ  | Agong seru rakyat berdoa ikut fahaman masing-masing agar konflik rejim Zionis Israel-Palestin dapat dihentikan segera | Agong seru rakyat berdoa ikut fahaman masing-masing agar konflik rejim Zionis Israel-Palestin dapat dihentikan segera | Agong sokong pendirian Kerajaan Malaysia bantah, kecam tindakan veto Amerika Syarikat tolak resolusi UNSC bagi gencatan senjata rejim Zionis Israel dan Palestin | Agong seru umat Islam adakan solat hajat, doa selamat di masjid, surau dan kediaman pohon kesejahteraan rakyat Palestin | 

TERENGGANU MASIH PERTIMBANG ADUN LANTIKAN - AHMAD SAMSURI

Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

09/10/2023 02:36 PM

KUALA TERENGGANU, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu masih mempertimbang untuk mewujudkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan bagi menggerakkan sistem semak dan imbang pentadbiran negeri dengan lebih efektif.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya akan meneliti perkara itu berdasarkan keperluan sebagaimana dinyatakan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu.

"Kita masih pertimbang (ADUN lantikan) dan tidak tolak perkara ini. Kita akan lihat keperluannya dalam masa terdekat.

"Dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu maksimum lantikan empat orang dan kena ada syarat-syaratnya. Jadi sama ada satu, dua, tiga atau empat kita akan tengok nanti," katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Terengganu 2023 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata walaupun tanpa pembangkang, rakyat Terengganu boleh memainkan peranan sebagai penggerak sistem semak dan imbang dengan menyalurkan pelbagai kritikan, aduan dan ulasan berkaitan pentadbiran negeri melalui media baharu.

Menurut Ahmad Samsuri, semua agensi dan jabatan kerajaan mempunyai laman web, portal dan media sosial tersendiri yang berperanan sebagai jambatan penghubung antara kerajaan dan masyarakat.

Justeru katanya, setiap rakyat bebas mengutarakan pandangan serta kritikan tanpa rasa takut dan segala teguran akan diteliti untuk tindakan serta diperbaiki.

"Cara ini lebih segmentize kerana rakyat boleh menyalurkan aduan dan komen terus kepada agensi yang terlibat," katanya.

Persidangan DUN Terengganu minggu lepas berlangsung tanpa wakil pembangkang selepas PAS memenangi kesemua 32 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos.

-- BERNAMA