MCMC dijangka umum proses tender syarikat berminat membida bagi rangkaian kedua 5G dalam masa terdekat - Fahmi | Sambutan Hari Kebangsaan 2024 akan diadakan di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah - Fahmi | Feytech Holdings Bhd membuat penampilan sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada RM1.10 sen | Feytech Holdings Bhd membuat penampilan sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada RM1.10 sen | Pemimpin Tertinggi Iran melantik Naib Presiden Mohammad Mokhber sebagai presiden sementara, lapor IRNA. | 

KEPUTUSAN, PENYATA PENGUNDIAN PRN DAN PRK KUALA TERENGGANU DIWARTAKAN

30/08/2023 10:22 AM

PUTRAJAYA, 30 Ogos (Bernama) -- Keputusan dan penyata pengundian selepas penjumlahan rasmi undi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri telah diwartakan semalam, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata pewartaan itu turut melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak dengan PRN pada 12 Ogos lepas.

“Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengundian bagi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta PRK Parlimen Kuala Terengganu berlangsung pada 12 Ogos lepas.

Pada 13 Ogos lepas, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata Terengganu mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi  berbanding lima negeri yang melaksanakan PRN iaitu sebanyak 74.79 peratus.

Beliau berkata Kedah mencatatkan peratusan pengundian 73.86 peratus,  Pulau Pinang (72.67), Selangor (72), Negeri Sembilan (68.35) manakala Kelantan pula 60.96 peratus.

-- BERNAMA