Feytech Holdings Bhd membuat penampilan sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada RM1.10 sen | Feytech Holdings Bhd membuat penampilan sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada RM1.10 sen | Pemimpin Tertinggi Iran melantik Naib Presiden Mohammad Mokhber sebagai presiden sementara, lapor IRNA. | Pemimpin Tertinggi Iran isytihar lima hari berkabung berikutan kematian presiden, lapor IRNA | PM Anwar menitipkan doa dan solidariti buat rakyat Iran atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi | 

MAJIKAN DIGALAK BERI HARI KELEPASAN AM BERGAJI SEMPENA PRN - KSM

17/08/2023 02:43 PM

PUTRAJAYA, 17 Ogos (Bernama) -- Cuti sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diumumkan pada 13 dan 14 Ogos lepas merupakan hari kelepasan am tambahan yang diisytiharkan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), kata Kementerian Sumber Manusia (KSM).

KSM dalam kenyataannya hari ini memaklumkan hari kelepasan am yang diisytiharkan itu bukan hari kelepasan am bergaji yang wajib diberikan mengikut seksyen 60D(1)(b) Akta Kerja 1955 (Akta 265). 

"Walau bagaimanapun, pihak majikan yang terlibat digalakkan supaya memberi hari kelepasan am bergaji kepada pekerja yang terlibat," menurut kenyataan itu. 

Kerajaan negeri yang terlibat dengan PRN pada 12 Ogos lepas iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu telah mengisytiharkan 13 Ogos sebagai cuti peristiwa, manakala Selangor dan Negeri Sembilan pada 14 Ogos.

-- BERNAMA