Feytech Holdings Bhd membuat penampilan sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada RM1.10 sen | Feytech Holdings Bhd membuat penampilan sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada RM1.10 sen | Pemimpin Tertinggi Iran melantik Naib Presiden Mohammad Mokhber sebagai presiden sementara, lapor IRNA. | Pemimpin Tertinggi Iran isytihar lima hari berkabung berikutan kematian presiden, lapor IRNA | PM Anwar menitipkan doa dan solidariti buat rakyat Iran atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi | 

MUHAMMAD SANUSI ANGKAT SUMPAH MB KEDAH ESOK

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

14/08/2023 12:13 AM

ALOR SETAR, 13 Ogos (Bernama) -- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah, esok.

Muhammad Sanusi, 49, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkata beliau akan melafaz sumpah memegang jawatan itu di Istana Anak Bukit, di sini pada 10 pagi.

"Esok saya akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Istana Anak Bukit 10 pagi," katanya ketika berucap pada program Himpunan Mandat Rakyat di Kompleks PAS Kedah, di sini malam ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu, PN berjaya mendapat kemenangan besar iaitu 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Muhammad Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah mempertahankan kerusi DUN Jeneri selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim dengan majoriti 16,050 undi.

Beliau juga sebelum ini adalah Menteri Besar Kedah ke-14 yang dilantik dan mengangkat sumpah jawatan itu pada 17 Mei 2020 selepas mendapat sokongan majoriti ADUN ketika itu.

-- BERNAMA