Berita
PRN Johor: Anwar Rayu Rakyat Beri Mandat Kepada Calon PH
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon rakyat Johor untuk memberikan kepercayaan kepada barisan calon gabungan itu menerajui pentadbiran negeri tersebut bagi tempoh lima tahun akan datang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.
Menerusi hantaran di laman Facebook Perdana Menteri menegaskan iltizam PH untuk memikul amanah tersebut dengan penuh tanggungjawab dan tidak akan sesekali disia-siakan.
“Saya merayu dengan penuh rendah hati agar saudara-saudari memberikan mandat kepada calon Pakatan Harapan untuk memimpin negeri Johor bagi tempoh lima tahun akan datang,” katanya.
Beliau turut memetik sepotong ayat suci al-Quran daripada Surah An-Nisa, ayat 58, yang menekankan kepentingan menyampaikan amanah kepada yang berhak serta menegakkan keadilan sesama manusia.
Pada PRN Johor kali ini, PH bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
PRN Johor akan berlangsung 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai.
Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita berkaitan
- YSIJ, Yayasan Siti Sapura Husin Sumbang 2,000 Set Kerusi Kepada Sekolah Agama
- Johor Plantations Catat Keuntungan Bersih Suku Ketiga Lebih Rendah Sebanyak RM100.26 Juta
- MyKP Sungai Ayam, Johor Catat Pendapatan RM5 Juta Setahun Menerusi Ternakan Kerang
- SPRM Johor Perhebat Pendidikan Integriti, Pencegahan Rasuah Menjelang 2027
- JDV Sasar Bangunkan Perniagaan Tenusu Bersepadu Menerusi Kerjasama Dengan Dutch Lady