ISWAMI rakam tahniah kepada Indonesia sempena sambutan Kemerdekaan ke-77

 

 

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) — Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) merakam setinggi-tinggi tahnah kepada Indonesia dan rakyatnya sempena sambutan hari Kemerdekaan republik itu yang ke 77.

“ISWAMI mendoakan kesejahteraan dan kemajuan Republik Indonesia dan berharap hubungan Malaysia dan Indonesia sentiasa subur dan harmoni,” kata Presiden ISWAMI, Datuk Mokhtar Hussain dalam satu kenyataan kepada Bernama, hari ini. 

Beliau berkata ISWAMI menghargai jalinan kerjasama dan setiakawan masyarakat pers Indonesia dan Malaysia ke arah merancakkan perkongsian maklumat dan pertukaran wartawan dua negara serantau demi kepentingan bersama. 

ISWAMI ditubuhkan pada 8 Januari 2008 dengan anggota dari berbagai agensi dan organisasi media Malaysia.

ISWAMI turut didirikan di Indonesia yang kini dipimpin oleh Asro Kamal Rokan yang juga mantan Pemimpin Umum LKBN ANTARA.

— BERNAMA