Niaga hadapan FBM KLCI tinggi pada sesi pembukaan dagangan

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan lebih tinggi pagi ini, sejajar dengan sentimen yang sangat baik dalam pasaran tunai asas.

Pada 9.30 pagi, Ogos 2022 menokok 7.5 mata kepada 1,526.0, September 2022 naik 7.0 mata menjadi 1,512.0, manakala Disember 2022 dan Mac 2023 menambah 5.0 mata setiap satu kepada 1,510.0 dan 1,503.5.

Jumlah dagangan sebanyak 942 lot, dengan kepentingan terbuka  36,236 kontrak.

Pada jam 9.30 pagi, penanda aras FBM KLCI meningkat 8.12 mata kepada 1,526.90.

-- BERNAMA