ISWAMI dicadang adakan simposium ahli pemikir Malaysia-Indonesia

 

JAKARTA, 17 Ogos — Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) tiba di Jakarta dan terus mengadakan pertemuan dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta,  Kuasa Usaha Sementara, Adlan Mohd Shaffieq pada majlis makan malam ringkas, malam tadi.

Pada pertemuan itu, pihak kedutaan mencadangkan agar ISWAMI mengadakan satu simposium melibatkan ahli pemikir dari Malaysia dan Indonesia membincangkan masa depan kedua-dua negara pada 2050.

Turut dicadangkan adalah satu pameran foto diadakan mengenai hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

Turut hadir adalah Setiausaha pertama kedutaan Ammil Afiq Jasim.

Seramai sembilan perwakilan dari ISWAMI mengadakan lawatan kerja enam hari bagi mengukuhkan lagi hubungan pihak media Malaysia dan Indonesia.

ISWAMI diketuai Timbalan Presidennya, Datuk Zulkefli Hamzah, Penasihat, Datuk Zakaria Abdul Wahab dan Setiausaha, Mohd Shukri Ishak.

— BERNAMA