(TERKINI) Rakyat Melaka memilih kerajaan

 

MELAKA, 20 Nov —Kerajaan baharu yang akan menerajui pentadbiran  Melaka untuk tempoh lima tahun  ditentukan sejumlah 495,195 pengundi berdaftar di negeri itu  hari ini.

Sebanyak 217 pusat mengundi membabitkan 1,109 saluran dibuka bermula pada 8 pagi ini. Berikut adalah situasi semasa perjalanan proses mengundi pada Pilihan Raya Negeri Melaka hari ini:

5:45 petang: Kenderaan membawa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh tiba di Sekolah Menengah Teknik Melaka untuk melawat proses pengkiraan undi.

PRN Melaka: 217 pusat pengundian ditutup 5.30 petang - SPR

PRN Melaka: Peratusan keluar mengundi sehingga 4 petang 61 peratus - SPR

PRN Melaka: Peratusan keluar mengundi sehingga 2 petang ialah 50 peratus - SPR

1.55 petang: Petugas SPR melakukan sanitasi pada kerusi roda yabg digunakan pengundi di SK Ramuan China Besar.

PRN Melaka: Peratusan keluar mengundi sehingga 1 tengah hari 43 peratus - SPR

12.30 tengah hari: Bilangan pengundi yang hadir ke pusat mengundi di SK Durian Daun, Masjid Tanag semakin berkurang dengan cuaca masih panas terik.

                    Suasana di pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lih Jen, Pokok Mangga di sini agak lengang dan kehadiran pengundi agak perlahan.

PRN Melaka : 36 peratus pengundi tunaikan tanggungjawab mengundi setakat 12 tengah hari

11.30 pagi: Pengundi tetap bersemangat menunaikan kewajipan meskipun cuaca panas terik di pusat mengundi SK Durian Daun, Masjid Tanah.

11 pagi : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh meninjau kelancaran proses mengundi dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di Sekolah Menengah Bukit Katil.

10:40 pagi: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh meninjau tempat mengundi khas dan kelancaran proses mengundi di Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin Ayer Keroh.

10:20 pagi: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh meninjau kelancaran proses  mengundi dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin Ayer Keroh.

10.08 pagi: Petugas KKM menjalankan proses sanitasi secara berkala di pusat mengundi SK Durian Daun, Masjid Tanah.

9.30 pagi: Calon Bebas bagi DUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee selesai mengundi di Sekolah Rendah Agama JAIM,Taman Datuk Thamby Chik Karim.

8.56 pagi: Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Nordin selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Peringgit pada pukul 8:55 pagi.

8.47 pagi: Calon BN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tiba di Sekolah Kebangsaan Durian Daun, Masjid Tanah untuk mengundi.

8.46 pagi: Calon BN DUN Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selesai memgundi di SK Jeram, Masjid Tanah

8.25 pagi: Calon DUN Bukit Katil Adly Zahari selesai menunaikan tanggungjawab mengundi bersama isteri Dalilah Awaludin di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal.

8.22 pagi: Pesakit yang menerima rawatan turut keluar mengundi di SK Durian Daun, Masjid Tanah.

8.19 pagi: Calon BN DUN Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh tiba di pusat mengundi SK Jeram, Masjid Tanah

8.18 pagi: Petugas KKM bersedia di khemah tempat mengundi khas sekiranya terdapat pengundi yang bergejala di SK Durian Daun, Masjid Tanah.

                 Petugas KKM lengkap berpakaian PPE melakukan sanitasi berkala di pusat mengundi SK Ramuan China Besar Masjid Tanah.

8.12 pagi: Datuk Mas Ermieyati selesai mengundi di SK Ramuan China Besar.

8.10 pagi: Pengundi mula menunaikan tanggungjawab mereka di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lih Jen, Pokok Mangga di sini.

8.06 pagi: Pengundi mula membuang  di Sekolah Kebangsaan Durian Daun, Masjid Tanah, keadaan tenang dan terkawal serta teratur.

8.04 pagi: Cuaca mulai hujan renyai dan pengundi mula dibenarkan masuk ke Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal.

8.03 pagi: Petugas SPR membantu menolak warga emas yang uzur untuk dibawa ke pusat mengundi

7.58 pagi: Calon PN Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin tiba di pusat mengundi SK Ramuan China, Alor Gajah Melaka

7.56 pagi: Warga emas beratur sebelum memasuki pusat mengundi yang akan dibuka pada pukul 8 pagi di SK Jeram, Masjid Tanah

7.54 pagi: Petugas SPR membuat persiapan terakhir sebelum sesi pengundian bermula di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lih Jen, Pokok Mangga di sini.

7.53 pagi: Para pengundi menunggu untuk menjalankan kewajipan mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Daun, Masjid Tanah selepas menjalani saringan suhu badan serta menyemak daftar pemilih.

7.51 pagi: Petugas SPR bersedia dengan memakai pelindung muka dan sarung tangan bagi proses pengundian di SK Ramuan China Besar Alor Gajah

7.45 pagi: Kelihatan pengundi telah mula beratur menunggu Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal.

7.41 pagi: Sebahagian pengundi telah tiba dan menunggu giliran untuk mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lih Jen, Pokok Mangga di sini.

7.40 pagi: Semakin ramai pengundi tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Daun, Masjid Tanah yang terlebih dahulu perlu menjalani saringan suhu badan serta menyemak daftar pemilih.

7.38 pagi: Beg yang menempatkan kotak undi telah diletakkan stesyen mengundi di SK Ramuan China Besar

7.35 pagi: Petugas KKM dari Klinik Kesihatan Bukit Cina melakukan persediaan di Pusat Mengundi SK Ramuan China Masjid Tanah

7.15 pagi: Polis mengawal pintu masuk pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Daun, Masjid Tanah.

 

-- BERNAMA