Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Maxis Bhd berkuat kuasa 30 Jun, 2024, manakala Pengarah Datuk Hamidah Naziadin dilantik sebagai Pengerusi Interim berkuat kuasa 1 Julai, 2024 | PM Anwar tiba di Tashkent pada Jumaat untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan | Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga anggota polis terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram | Penswastaan ​​MAHB buka ruang kepada syarikat untuk tingkatkan kecekapan - Loke | Serangan Balai Polis Ulu Tiram : Tindakan keras perlu diambil, jangan beri peluang golongan jahat - PM Anwar | 

KEPUTUSAN, PENYATA PENGUNDIAN PRN DAN PRK KUALA TERENGGANU DIWARTAKAN

30/08/2023 10:22 AM

PUTRAJAYA, 30 Ogos (Bernama) -- Keputusan dan penyata pengundian selepas penjumlahan rasmi undi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri telah diwartakan semalam, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata pewartaan itu turut melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak dengan PRN pada 12 Ogos lepas.

“Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengundian bagi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta PRK Parlimen Kuala Terengganu berlangsung pada 12 Ogos lepas.

Pada 13 Ogos lepas, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata Terengganu mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi  berbanding lima negeri yang melaksanakan PRN iaitu sebanyak 74.79 peratus.

Beliau berkata Kedah mencatatkan peratusan pengundian 73.86 peratus,  Pulau Pinang (72.67), Selangor (72), Negeri Sembilan (68.35) manakala Kelantan pula 60.96 peratus.

-- BERNAMA