PM Anwar diberi sambutan rasmi di Uzbekistan | Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Maxis Bhd berkuat kuasa 30 Jun, 2024, manakala Pengarah Datuk Hamidah Naziadin dilantik sebagai Pengerusi Interim berkuat kuasa 1 Julai, 2024 | PM Anwar tiba di Tashkent pada Jumaat untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan | Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga anggota polis terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram | Penswastaan ​​MAHB buka ruang kepada syarikat untuk tingkatkan kecekapan - Loke | 

WANITA UMNO MINTA AHLI, PEMIMPIN TUMPU KEPADA PRK

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

20/08/2023 06:35 PM

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Wanita UMNO meminta seluruh ahli dan kepimpinan parti itu agar memberi tumpuan kepada beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pihaknya akan terus bersama barisan kepimpinan dalam merangka strategi yang terbaik untuk memperkukuh parti serta menarik kembali sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Prestasi BN di dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang telah berlangsung baru-baru ini adalah tangggungjawab bersama seluruh kepimpinan. Ini bukanlah masa untuk menyalahkan mana-mana pihak,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seluruh ahli parti perlu menerima keputusan PRN dengan hati yang terbuka serta perlu memperkasa Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara dan kemakmuran rakyat.

“Agenda perpaduan ini sangat besar untuk kita semua bersama-sama berganding bahu membangunkan negara ini,” katanya.

-- BERNAMA