Malaysia dan Uzbekistan boleh berganding bahu dalam sektor halal, perbankan dan teknologi makanan - PM Anwar | Malaysia dan Uzbekistan boleh bekerjasama teroka bidang pendigitalan, peralihan tenaga dan mempersiap rakyat dengan ilmu baharu berkaitan AI - PM | PM Anwar diberi sambutan rasmi di Uzbekistan | Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Maxis Bhd berkuat kuasa 30 Jun, 2024, manakala Pengarah Datuk Hamidah Naziadin dilantik sebagai Pengerusi Interim berkuat kuasa 1 Julai, 2024 | PM Anwar tiba di Tashkent pada Jumaat untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan | 

WAKIL RAKYAT MENANG PRN HENTI POLITIK, JALANKAN KERJA - MUFTI P.PINANG

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor (Gambar fail)

15/08/2023 05:33 PM

GEORGE TOWN, 15 Ogos (Bernama) -- Mereka yang telah menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini perlu berhenti berpolitik dan meneruskan segala usaha untuk membangunkan negara bagi memenuhi keperluan hidup rakyat, di samping memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan untuk semua, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau berkata setiap wakil rakyat mesti sedar bahawa matlamat sebenar yang dikehendaki di sebalik kemenangan di dalam pilihan raya tidak terhenti dengan kuasa pemerintahan yang berjaya direbut.

"Rakyat telah membuat pilihan, sama ada bersetuju atau tidak, semua pihak mesti akur dan menghormati keputusan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kini setiap wakil rakyat yang telah memenang pada PRN lalu perlu memikul amanah dan tanggungjawab yang berat di hadapan Allah dan seluruh rakyat.

Wan Salim berkata seluruh rakyat akan memerhati dan memantau sejauh manakah mereka yang telah dipilih menepati janji-janji yang ditabur melalui manifesto parti yang diwakili.

-- BERNAMA